Urban Tents telah mula beroperasi sejak tahun 2007 dan dimiliki secara tunggal oleh Encik Wan Asnawi Shah bin Wan Asiff Ismadi iaitu pemegang saham 100% dalam syarikat.
Urban Tents merupakan syarikat yang menyediakan servis penyewaan khemah pasang siap, pentas, kerusi, meja, backdrop, andaman pengantin, pelamin, p.a system, katering, membuat hantaran pertunangan/perkahwinan, membuat gifts supplies dan lain-lain bagi majlis-majlis perkahwinan, pecah tanah, expo, dan sebagainya di seluruh Sarawak.
Matlamat Urban Tents ialah untuk menjadi sebuah syarikat yang berjaya dan dikenali kerana memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sehingga mereka mencapai kepuasan dengan perkidmatan yang diterima.